-->

Pegal-pegal, Masuk Angin, Susah BAB dan Darah Beku Sembuh Total dengan Ramuan Serai!!Begini CaraNya..!!



Redaksi Baca - Selain menjaga pola makan dan mengamalkan gaya hidup sihat, ada beberapa petua yang biasa diamalkan oleh orang-orang dulu sebagai cara hilangkan sakit badan, keluarkan angin, dan memastikan tubuh kembali sihat dan segar.


Ini adalah salah satu petua yang dikongsikan daripada pembaca kami,Puteri Aura Balqis.Menurut beliau, minuman ini adalah petua daripada ibunya untuk menghilangkan sakit-sakit badan dan buang angin dengan berkesan, Selain itu, ia juga melegakan kebas kaki dan tangan, serta mengatasi masalah susah buang air besar. Malah, ia juga boleh membantu mencuci darah beku dalam badan.

Petua Hilangkan Sakit Badan, Angin, Sembelit, Melancarkan Darah Beku. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat minuman kesihatan ini.

Bahan-bahan

*halba 1 bungkus (50sen)
*halia
*serai
*air 3 gelas besar
1 buah asam jawa

Cara-cara
Ini adalah cara membuatnya. Mudah saja.

1. Rebus

Pertama sekali, rebuskan semua bahan jecuali asam jawa. Tunggu hingga mendidih.

2. Campurkan Asam Jawa

Apabila dah mendidih, angkat dan campurkan rebusan air tadi dengan 1 buah asam jawa

3. Minum Semasa Suam

Seeloknya, minumlah minuman ini ketika masih suam. Paling bagus diminum ketika nak masuk tidur Insha Allah, bila bangun pagi keesokan harinya, badan akan jadi segar-bugar!

4. Amalkan Ikut Keserasian

Boleh buat minuman ini sebanyak 1 atau 2 kali seminggu. Terpulanglah nak minum 1 kali sehari atau selang sehari, mengikut keserasian badan masing-masing. Kalau ada lebih, seeloknya air rebusan ini disimpan dalam peti ais selama 1 hari saja.

Apapun, badan mungkin akan berpeluh-peluh sedikit apabila meminum air rebusan ini. Atau, ada yang akan berulang-alik ke bilik air untuk membuang air kecil. Ini adalah tindakbalas yang baik untuk membuang toksik dalam badan. Tapi, ia tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana bahan-bahannya bersifat ‘panas’.

sumber : harus-sehaat.blogspot.com

Iklan Atas Artikel