Wanita Mesti Tahu, Inilah 11 Cara untuk Menjaga Kesehatan Rahim
03:37
Redaksi Baca – Bagi
wanita, rahim tentulah merupakan aset sangat penting. Untuk wanita yang sudah pernah
lahiran. Sudah sepatutnya untuk mengetahui cara menjaganya agar tetap sehat.
Zaman moden sekarang ni berapa ramai wanita yang mengalami
prolaps atau Rahim jatuh terutama selepas melahirkan. Antara puncanya ialah
selalu angkat barang berat, tak berpantang betul-betul, kurang buat senaman
untuk Rahim seperti senaman kagel dan juga tak jaga pemakanan.
Cara-cara Menjaga
Rahim
Pertama, waspada
jika ada sejarah penyakit rahim dalam keluarga – ibu, nenek, ibu saudara adik
beradik perempuan.
Setiap penyakit ada kaitan dengan baka, mungkin menyumbang
10% kepada faktor-faktor penyebab. Elakkan dan jauhkan dari faktor-faktor
penyebab yang timbul dari sekitaran.
Kedua, fungsi
utama rahim ialah menampung kehamilan. Kahwin dan hamil awal ketika usia muda
boleh mencegah dari tumbuhan fibroids dan adenomyosis.
Ketika hamil otot rahim membesar dan kembang sehingga 1000
kali normal. Selepas bersalin ia kuncup semula kepada saiz asal.
Peroses kehamilan sebenarnya melindungi rahim dari
ketumbuhan. Wanita yang lambat atau tidak hamil lebih terancam tumbuhan
fibroids dan adenomyosis.
Ketiga, rahim
sangat dipengaruhi dengan dua hormon wanita – estrogen dan progesterone.
Estrogen menebalkan lapisan endometrium dan membiak sel otot (myometrial
hyperplasia} progesterone meningkatkan salur darah endometrium dan
mengembangkan sel-sel otot rahim (myometrial hypertrohy).
Kedua-dua hormon perlu seimbang dan saling berkerjasama.
Gangguan imbangan hormon mencetuskan penyakit rahim.
Hormon estrogen penting bagi banyak fungsi tubuh badan
wanita serta ciri2 kewanitaan dan kecantikan. Tapi bila berlebihan dan tak
seimbang estrogen boleh menimbulkan bermacam-macam penyakit dan gangguan.
Diantaranya:
- Ketumbuhan fibroid, adenomyosis dan kanker rahim
- Ketumbuhan adenoma dan kanker payvdara
- Kemandulan dan sukar hamil
- Perdarahan rahim
Sumber asli hormon estrogen bagi wanita ialah kilang ovari,
adrenal dan lemak badan. Sesetengah makanan seperti makanan dari kacang soya
juga jadi sumber phytoestrogen. Bahan plastik dan sterofoam dan insecticide dan
spray pewangi mengeluarkan xenoestrogen.
Keempat, faktor
yang mengganggu imbangan hormon. Sering tahap estrogen tinggi dan progesterone
rendah yang menyebabkan penyakit. Diantara faktor-faktor ialah tekan fizikal,
stress mental dan gangguan emosi.
Pemakanan yang terlebih gula dan karbohidrat, mengandungi
terlalu banyak perisa dan pengawet serta kegemukan (obesity) dan penyakit PCOS,
kesemuanya menyebabkan hormon estrogen menungkat tinggi sedangkan progesterone
berkurangan. Tangani dan kawal semua jenis stres.
Kelima, penjagaan
rahim perlu bermula dari umur kanak-kanak. Sering kali anak perempuan
dijangkiti kuman di luar farajnya akibat tidak sempurna beristinjak dan lemah
ketahanan/immunity disebabkan tidak suka makan sayur dan buah-buahan.Kena ajar
anak-anak perempuan makan sayur dan buah lepas ni.
Jika menghadapi masalah lelehan / vaginal discharge, basuh
faraj dengan air garam, ia antiseptik terbaik untuk wanita.Beri supplemen
vitamin C (chewable) disamping multivitamin sirup dan minyak ikan kepada anak
perempuan.
Amalan ini diteruskan dalam bentuk tablet bila mencapai umur
remaja. Supplemen tersebut akan meningkatkan Ketahanan / immunity untuk
menangkis pelbagai penyakit khususnya dirahim.
Keenam,
kegemukkan perlu dikawal dari umur kanak-kanak dan remaja. Dewasa ini
kanak-kanak terlalu suka junk food dan fast foods.
Ibu bapa layani kehendak mereka sebagai jalan mudah tanpa
memikirkan kesan buruk dalam jangka panjang. Remaja mula dilanda kegemukkan
bila belajar disekolah, kolej dan universiti berasrama.
Mereka makan terlalu banyak makanan segera kononnya tidak
berkesempatan untuk memasak sendiri atau tidak minat makanan yang disajikan.
Bermula disini gangguan haid berlaku – sama ada tidak datang
haid, atau haid terlalu banyak, keluar berketul-ketul atau terlalu sedikit
tetapi berpanjangan.
Kesemua itu petanda adanya gangguan dan ketidak seimbangan
hormon-hormon wanita dan akhirnya merosakkan rahim.
Ketujuh, remaja
perlu dididik menjaga kehormatan diri agar tidak terjebak kedalam maksiat
perzin4an kerana ramai yang terjerat dengan berbagai gejala saperti pengguguran
haram dan jangkitan kuman dalam peranakkan dan akhirnya rosak rahim dan jadi
mandul apabila kahwin kelak.
Kedelapan,
banyakkan zikir dan berselawat waktu h4id. Perdar4han h4id atau ‘datang kotor’,
‘datang bulan’. Berbagai panggilan untuk haid.
Memang ada disebut dalam quran wanita dalam h4id tidak
dianggap bersih dan suami dilarang melakukan hubungan selagi isteri belum
bersih dan telah mandi junub.
Sering juga h4id tidak lancar keluar dan adakala h4id
‘tumpah / melempah’ ke belakang rahim. Fenomena tersebut dikaitkan dengan rahim
retroverted dan saluran pintu rahim sempit.
Tanda utama ialah senggugut dan terdapat sistem pembersih
d4rah h4id. Bila sistem ini gagal akibat penurunan immunity ekoran dari
pemakanan kurang berzat dan tinggi tahap racun serta peningkatan stress, darah
haid menimbulkan penyakit endometriosis dan adenomyosis.
Kesembilan,
dipercayai d4rah h4id yang tidak lancar dan bertakung di belakang rahim
menggalakkan gangguan jin dan syaitan terhadap rahim.
Oleh sebab itu ketika h4id wanita tidak boleh solat dan
membaca al-quran, sebaiknya banyakkan zikir dan selawat sebagai langkah
mencegah gangguan jin dan syaitan.
Kesepuluh, banyak
makanan yang membantu dalam menjaga rahim diantaranya nenas yang mengandungi
enjim bromalin dan betik yang mengandungi enjim papase.
Kedua enzim berperanan untuk membersih darah kotor di
belakang rahim. Makanan-makanan tradisi seperti keledek merah membekal sedikit
hormon progesterone, keladi ada sedikit estrogen, ubi kayu ada sedikit B17
(anti kanker).
Makanan tersebut membantu penjagaan rahim. Kunyit, bawang
merah, bawang putih, halia dan serai ada kesan anti inflammatory juga
berperanan menjaga rahim.
Perbanyak makan sayur-sayuran khususnya yang hijau seperti
bayam, sawi, pucuk paku, kobis, kacang, lobak, brokoli, taugeh dan lain-lain.
Banyak makan buah-buahan saperti jambu, oren, mangga, apel,
nenas, betik, buah naga dan lain-lain. Makan pelbagai kacang saperti gajus,
almond, walnut dan lain-lain. Baik juga dimakan bersama kismis dan kurma.
Makan lebih ikan saperti kembung, tenggiri, bawal, mackerel,
tuna/tongkol dan lain-lain. Amalkan minum teh hijau yang mengandungi
antioxidant yang bolih mencegah penyakit. Amalkan minum susu segar (lembu atau
kambing) setiap hari.
Kesebelas,
perbanyak supplement multivitamins, vit. C (1GM) dan E(400 IU) ,logam kalsium
dan fish oil (1-2000 GM) setiap hari sehingga akhir hayat.
Demikianlah 11 cara untuk menjaga aset berharga anda
ladiess... selamat mencoba dan sehat selalu..
Sumber: kecohbetul.net